Assalamualaikum...
Sedapnye makan biskut oreo dan mostly memang ramai la yang suka kan.. Haa, ngaku cepat! Siapa makan biskut oreo ni memang tak boleh sorok punya.. Eh, tak tahu biskut oreo yang mana? Ala...yang hitam manis tu. Tagline paling win 'putar, jilat, celup!' Comel je budak tu tipu ayah dia..tapi jangan la korang ikut pulak. Nak gurau manja tu boleh la sangat tapi jangan sampai menipu okay. Tak baik!
Okay.. Cik Are nak kongsi satu resepi biskut dengan korang ni. Sebenarnya dah ramai yang try, termasuklah Cik Are. Resepi asal yang Cik Are guna ni Cik Are refer kat blog Resepi Kak Ita yang mana Kak Ita pun refer kat resepi Citarasawan "Biskut Oreo Black Beauty". Kak Ita dan Kak Wan buat biskut oreo bulat-bulat warna hitam. Walaupun black tapi tetap beauty okay, sedap pulak tu. Comel je biskut tu duk dalam cawan kertas siap ade topping choc swirl lagi. Senang cerita, korang klik je blog Kak Ita kat bawah ni ye...
Resepi yang Cik Are nak kongsi ni lain sikit. Basicnya sama tapi Cik Are upgrade masukkan rasa rempah sikit. Lagipun, ayah Cik Are memang suka dessert atau cookies yang berempah. Kebanyakkan orang Melayu kita tak suka sangat kuih, kek atau biskut yang berempah. Tapi, berbeza dengan ayah Cik Are. Lidah, tekak Mat Salleh gitu...hehe.
Kebetulan biskut oreo ni ade lebih sebungkus, nak makan direct camtu je rasa macam dah bosan. So, godek-godek resepi kat internet, terjumpa la resepi Kak Ita dengan Kak Wan ni. So, moh ler kita masuk dapur ye..
Oreo Cookies with Spice
Bahan A
140g mentega
100g gula kastor
Bahan B
150g tepung gandum
15g tepung jagung
10g biskut oreo *dibuang krim (Cik Are tak kisar, just hancurkan sebab nakkan tekstur ketul-ketul biskut oreo tu)
1/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (terpulang jika nak lebihkan atau kurangkan)
Hiasan
Biskut oreo
Coklat masakan (Cik Are guna coklat putih sebab nak masukkan warna)
Gula hiasan
Cara-cara:
1. Pukul bahan A hingga kembang dan ketepikan.
2. Ayakkan bahan B kecuali biskut oreo.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
4. Canaikan doh dan terap menggunakan acuan.
5. Bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit.
6. Keluarkan biskut selepas masak dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dihias. *kang tak memasal pulak semua hiasan cair
7. Hiaskan, terpulang mengikut kreativiti anda.
Keluar je dari oven, bau dia...fuhh! Bau aroma kulit kayu manis tu memang penuh satu dapur. Memang sedappp... Masa ni Cik Are rajin sikit siap nak terap biskut bagai, pastu hias lagi. Padahal nak tarik minat bebudak kecik kat rumah ni nak suruh makan. Hahaaa... Kalau korang taknak terap, gentel je bulat-bulat pastu terus bakar. Haaa kan lagi sonang... Oh ye, kalau nak hias dengan cookies crumble macam kat bawah tu, make sure korang hiaskan sebelum bakar ye. Kalau tak macam mana nak melekat kat biskut, ye dak?
So, selamat mencuba. Bye!


